Emel : webmaster@islam.gov.my     
Hubungi : 03-8870 7000     
Waktu Solat Putrajaya : Subuh: 5:47 Syuruk: 7:01 Zohor: 1:08 Asar: 4:15 Maghrib: 7:10 Isyak: 8:19

Latar belakang Sistem e-Mualaf

Sistem e-Mualaf 1.0 telah dibangunkan pada tahun 2013 bagi tujuan mewujudkan satu pangkalan data terpusat maklumat saudara muslim dari seluruh Malaysia. Sistem ini juga diharapkan dapat memantapkan lagi pengurusan pengislaman, pendaftaran pengislaman, pembelajaran, kebajikan dan jagaan saudara muslim. Selain itu, maklumat saudara muslim juga dapat diperolehi dengan segera khususnya apabila berlaku kecemasan dan mengelakkan berlakunya pertindihan tuntutan jenazah.

Sistem ini telah ditingkatkan kepada e-Muallaf 2.0 dengan tambahan fungsi cetakan kad muallaf secara terus melalui sistem. Kad muallaf juga dilengkapi dengan kod QR bagi memudahkan semakan saudara baru.


Kemaskini Terakhir : 2018-03-01 13:19:16