Emel : webmaster@islam.gov.my     
Hubungi : 03-8870 7000     
Waktu Solat Putrajaya : Subuh: 5:49 Syuruk: 7:10 Zohor: 1:22 Asar: 4:46 Maghrib: 7:31 Isyak: 8:45

Soalan Lazim

Sekiranya beliau bermastautin di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, Tuan/Puan boleh membawa beliau untuk memeluk agama Islam di:
i. Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Cawangan Saudara Muslim
ii. Mana-mana Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti PERKIM, Islamic Outreach ABIM Centre, Hidayah Foundation centre, Pertubuhan Al-Khadeem dan lain-lain
iii. Mana-mana masjid berdekatan dan diislamkan oleh pegawai masjid berkenaan dan pegawai berkenaan perlu mengeluarkan surat pengesahan masuk Islam pemohon dengan lengkap.

Seterusnya pemohon perlu hadir ke JAWI sendiri bersama dua orang saksi untuk mendaftar pengislaman pemohon berserta dua keping gambar dan Kad Pengenalan atau Passport dan visa yang masih sah serta surat pengesahan masuk Islam yang telah dikeluarkan oleh pegawai masjid atau Badan Bukan Kerajaan tersebut bagi tujuan pendaftaran pengislaman. Jabatan ini akan mengeluarkan Kad Akuan Masuk Islam kepada pemohon.

Prosedur masuk Islam di Jabatan ini adalah sebagaimana berikut:-
1. Pemohon hendaklah bermastautin di Wilayah persekutuan Kuala Lumpur
2. Pemohon hendaklah mencapai umur 18 tahun ke atas
3. Membawa dan mengemukakan kad pengenalan asal (bagi warganegara Malaysia - dewasa) atau sijil lahir dan mykid (bagi pemohon berumur 18 tahun ke bawah) serta pasport dan visa asal (bagi bukan     warganegara Malaysia)
4. Mengemukakan surat pengesahan status agama dari kedutaan masing-masing (bagi bukan warganegara Malaysia)
5. Mengemukakan 2 keping gambar saiz 1 inci (ukuran kad pengenalan atau lesen memandu)
6. Membawa dua orang saksi warganegara Malaysia yang beragama Islam, berumur 18 tahun ke atas dan berfikiran waras. Saksi juga hendaklah membawa kad pengenalan semasa proses pendaftaran      masuk Islam.

Sekiranya dokumen yang dipohon oleh Jabatan adalah lengkap dan pemohon bersetuju masuk Islam secara sucihati, maka Jabatan ini akan melaksanakan proses pengislaman dan pendaftaran pengislaman tersebut. Borang permohonan akan diisi oleh oleh pemohon dan saksi-saksi pemohon di Jabatan ini. Setelah pendaftaran pengislaman lengkap dilaksanakan, maka pemohon akan diberikan satu kad akuan masuk Islam. Pemohon juga diwajibkan untuk mengikuti Kursus Intensif Fardu Ain yang dianjurkan oleh Jabatan ini.

Pemohon yang berhasrat masuk Islam boleh hadir ke Jabatan ini secara kediri bersama saksi mengikut ketetapan seperti berikut (walk in) :-
1. Isnin - Khamis : 7.30 pagi - 4.30 petang (rehat 12.30 tgh - 2.00 ptg)
2. Jumaat : 7.30 pagi - 4.30 petang (rehat 12.15 tgh - 2.45 ptg).

Semua Jabatan / Majlis Agama Islam Negeri yang menjalankan Majlis Pengislaman menganjurkan Kelas Pengajian Fardhu Ain, kursus dan program-program keagamaan. Tuan boleh merujuk kepada kelas-kelas pengajian yang telah disediakan mengikut negeri di Portal eMuallaf

Ya, JAWI ada menganjurkan Kursus Intensif Fardu Ain kepada saudara baru yang masuk Islam dan daftar masuk Islam di JAWI.

Saudara baru merupakan golongan asnaf yang layak menerima bantuan zakat. Selain daripada merujuk permohonan tersebut kepada Jabatan / Majlis Agama Islam Negeri, saudara baru tersebut boleh membuat permohonan kepada mana-mana cawangan Pusat Pungutan Zakat Negeri masing-masing