Emel : webmaster@islam.gov.my     
Hubungi : 03-8870 7000     
Waktu Solat Putrajaya : Subuh: 5:49 Syuruk: 7:10 Zohor: 1:22 Asar: 4:46 Maghrib: 7:31 Isyak: 8:45

Bantuan Yang Diberikan Kepada Muallaf

BANTUAN DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

SAGUHATI MASUK ISLAM

Maksud saguhati masuk Islam adalah pemberian wang atau sumbangan oleh MAIWP yang diuruskan oleh JAWI dalam bentuk wang (one off) kepada muallaf yang masuk Islam dan daftar masuk Islam di JAWI sebagai inisiatif untuk membantu muallaf memulakan kehidupan baru sebagai seorang Islam berdasarkan peruntukan tahunan pada tahun semasa

KELAS ASAS FARDU AIN

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyediakan Kelas Asas Fardhu Ain kepada muallaf di Kompleks Darul Hidayah MAIWP, Sentul, Kuala Lumpur untuk memberikan pendidikan, bimbingan dan kefahaman Islam kepada muallaf iaitu: 1. Kursus Intensif Fardhu Ain Asas - (Satu Hari) 2. Kursus Intensif Fardhu Ain Pengukuhan - (Dua Hari) 3. Kursus Intensif Fardhu Ain Lanjutan - (Tiga minggu) 4. Kelas Pengajian Asas Fardhu Ain - (Tiga semester): Semester 1 - Asas - 6 bulan Semester 2 - Pertengahan - 6 bulan Semester 3 - Lanjutan - 6 bulan

KHIDMAT NASIHAT

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan bertanggungjawab memberikan khidmat nasihat kepada muallaf yang tinggal di Wilayah Persekutuan khususnya mengenai akidah, masalah perkahwinan dan keluarga serta konflik undang-undang

KEBAJIKAN

Kompleks Darul Hidayah adalah tempat perlindungan sementara yang disediakan oleh MAIWP kepada muallaf yang bermasalah tempat tinggal. Kompleks ini juga dijadikan pusat pengajian dan pusat aktiviti muallaf di Wilayah Persekutuan. Program ziarah muallaf sakit dan bermasalah juga diadakan di rumah dan di hospital serta membantu menguruskan jenazah muallaf yang meninggal di Wilayah Persekutuan samada di rumah atau di hospital.

BANTUAN

Mana-mana muallaf yang berhasrat untuk mohon bantuan dari pihak Baitulmal MAIWP hendaklah mengemukakan borang permohonan kepada Baitulmal MAIWP tertakluk kepada syarat-syarat dan had kifayah yang ditetapkan oleh pihak Baitulmal. Maklumat lanjut mengenai permohonan bantuan boleh dilayari melalui laman web www.maiwp.gov.my atau datang sendiri ke Pejabat Baitulmal MAIWP