Program

Utama / Program

Program

SUNGAI PETANI : Bahagian Pentadbiran Undang-Undang Keluarga Islam (UUKI), JHEAIK  telah mengadakan Lawatan Mahabbah ke Pusat Bimbingan Islam Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (PUSBA) Sungai Petani, Kedah Darul Aman pada 7 Mac 2018. Lawatan tersebut diketuai oleh Y.Bhg. Tuan Syeikh Zakaria bin Mustaffa, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian UUKI bersama 6 orang ahli rombongan yang terdiri daripada 3 pegawai dan 2 kakitangan sokongan. Turut menyertai lawatan tersebut ialah dari pihak Jabatan Pembangunan Wanita Kedah (JPW) seramai 4 orang termasuk Pengarah Negeri JPW, Puan Aisa Azira bt. Abdul Aziz. Lawatan yang bertujuan membina usahasama program tersebut disambut mesra oleh Pengerusi PUSBA, Y.Bhg. Dato’ Panglima Jaya, Dato’ Wira Hj. Ismail bin Hamid, Pengetua, kakitangan dan para penghuni PUSBA.

Y.Bhg. Dato’ Panglima Jaya, Dato’ Wira Hj. Ismail Hamid selaku pengerusi majlis pertemuan tersebut memulakan agenda lawatan dengan penerangan berkaitan sejarah fungsi dan aktiviti-aktiviti PUSBA untuk tatapan ahli lawatan. Selain dari bertukar-tukar pandangan berkaitan perancangan program-program pembangunan kekeluargaan di kalangan muallaf khususnya di kalangan penghuni PUSBA, ahli rombongan lawatan mahabbah mengambil peluang beramah mesra dan menyantuni serta menikmati juadah makan tengahari bersama golongan muallaf di pusat tersebut.

Y.Bhg. Dato’ Panglima Jaya Pengerusi PUSBA melahirkan rasa gembira dan terharu di atas kunjungan yang diterima serta menyifatkanya sebagai langkah permulaan ke arah usaha memperkasa kualiti hidup “komuniti disayangi” iaitu golongan muallaf. Lawatan tersebut berakhir pada jam 1.00 petang dengan sesi bergambar bersama warga PUSBA disamping bertukar-tukar cendera kenangan di antara ahli rombongan dengan pihak PUSBA.